Wednesday, 8 October 2014

Day Trip to Kapas Island :)

Assalamualaikum 

Masih belum terlambat nak ucapkan salam aidiladha kepasa seluruh umat islam dimuka bumi. 

Entry kali ini nak cerita pasal day trip ke pulau kapas. Sebenarnya plan nak pergi ke pulau redang. Nak pergi berlima, tapi kan tup tup yang 3 orang ada hal. So berdua je. Fikir punya fikir kami cancel ke pulau redang. 

Ambil keputusan ke Pulau Kapas. Seperti sedia maklum kami ini anak jati Terengganu, tapi buat malu muka je, besar panjang nak jadi isteri orang baru ada kesempatan nak pergi Pulau Kapas. Hahaha :D

Kami nie search lah google cara nak pergi macam mana, biasalah first time kan. So ada kenalan facebook yang jadi tahu guide macam mana nak pergi ke Pulau Kapas. Servis dia memang mantap. Nie contact dia 
014-8499869 - Nanti korang contactlah si akak manis nie ;) 


1. Jeti Marang

Kitaorang gerak dari rumah masing-masing dalam pukul 8.00 pagi. Memandangkan jeti marang ke rumah kami agak jauh. Kitaorang bawak bekal siap-siap taw. Sebab nak jimat. Kitaorang sampai ke jeti marang dalam pukul 9.00 pagi. kitaorang sampai cepat-cepat pergi ke office ' Mak Cik Gemuk '. Sorry memang nama office tu macam tu. Abang tu cakap bot ada dalam pukul 9.30 pagi. kitaorang sempatlah beli roti kat pasar dulu. Beli makanan tambahan.



2. Otw dalam bot

Perjalanan kitaorang dari jeti ke Pulau Kapas memakan masa 20 minit. kami ditemani oleh 2 orang abang-abang ensem. Hahaha
Masa tu bolehlah feeling macam titanic, sambil merasai percikan air laut. woi berangan lebih je. 




3. Pulau Kapas

Seperti sedia maklum, pulau kapas nie keluasannya adalah terhad. So kecil je lah. Tak rugi kalau korang ambil pakej day trip sahaja. Pakej kami rm65 pergi dan balik termasuk sekali dengan harga :

  • harga bot pergi dan balik
  • snorkelling
  • sewa jaket keselamatan dan goggle
  • pakej kayak

Masa kitaorang sampai, abang nie suruh kitaorang tebus kupon dan ambil jaket keselamatan dan goggle. Sebab masa itu, awan mendung dan laut pun cantik. Then dia hantar kami kat taman laut. Bayangkan masa kitaorang pergi tu hari bekerja. Tak ada langsung pelancong lain, just mat salih tengah berjemur je, :p







Abang-abang nsem tu tunjuk juga cara nak pakai macam mana. Sebab dia nak tinggalkan kami snorkelling sendirian. Katanya kami perlukan privasi. Kalau korang pergi jangan nak pakai lawa-lawa dari jeti. Nasihat kami better pakai trackshuit & tshirt sahaja. 

Nasib baik kami sempat beli roti dan apam untuk bagi makan kat ikan-ikan lelawa tu. Ya Allah sungguh indah ciptaan illahi. Masa snorkelling tu dapat lihat kehidupan laut. Bersyukur tak terkata. Sebenarnya bila kita meluangkan masa untuk bercuti secara tak langsung kita dapat melihat keindahan bumi yang agung.

4. Bekal

Pakej kami tak termasuk dengan lunch. So memandangkan harga makanan kat pulau pun agak mahal. Kitaorang decide untuk bawak bekal. Masing-masing dah fikir nak bawak menu apa. Bagi pendapat saya lah better bawak makanan yang banyak. Sebab bila kita main dalam air tu, memang cepat lapar. 
Kami bawa air dalam botol, sebab senang nanti boleh buang je dalam tong sampah. 




5. Kayak

Selepas selesai makan dan solat. Kitaorang rilex sambil tengok mat salih berjemur. Astargfirullah shekshi mak aiii. Oh kat sini disediakan surau dan tandas. Senang untuk korang semua mandi dan salin pakaian. 

Kami berkayak ikut suka hati je nak ke kanan dan kiri. Hahaha. Pastu feeling macam running man yang menyeberangi sungai apa entah. Sambil berkayak tu boleh nampak lah rumpai laut kat dalam laut tu.




Yang nak tersuka sampai tergolek, mat salih nie siap tegur kitaorang pandai berkayak. Padah nie baru first time kot. Hahaha. Ok fine nak ambil hati kami lettew ;P

  
Ini rumah yang menyediakan perkhidmatan kayak. Ya ampun berat giler nak angkat kanu tu. Kurang asam abang tu tak tolong kami. Takper takper nie first time. Nanti kami datang bawak geng-geng abang sado jagalah.


6. Balik

Bot paling lewat jam 5.30 petang. So around 4.30 tu kami dah siap-siap sebab nak mandi lagi, tukar baju lagi. Nanti kena tinggal. 








Ok selesai percutan kami sekawan. Wishlist nak pergi pulau tercapai sebelum masing-masing berumah tangga. Next trip insyallah pulau redang. Simpan duit awal-awal.

salam sayang 
NSY